Pages Navigation Menu

Resepi Makaroni Bakar

Resepi Makaroni Bakar
Share the joy
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Special buat makyong kawan ummi yang jauh kat Shah Alam, kalo dekat ummi dah tolong buat. Ura, this is for you! Resepi membuat makaroni bakar paling simple dan sedap. Selamat mencuba..

Resepi ni ummi menuntut dari bonda ummi sendiri ^_^

“Mak jangan marah ti derhaka sikit kat resepi. ihiksss.. tambah cheese parut je yang lain semua follow ;)”

bb

RESEPI MAKARONI BAKAR

BAHAN-BAHANNYA:
500g makaroni – rebus n toskn
1/3 kg daging – rebus dan cincang / hiris halus (terpulang, kalo nak byk letak la banyak tapi awas! kolestrol tinggi tu naa), pastu simpan air rebusan ni jangan buang. Pernah ummi termenangis sebab en. hubby terlalu rajin pi basuh terus periuk air rebusan ni..wuwuwuw
**daging blh digantikn dgn ayam, nak letak dua2 pun ok
8 labu bwg besar – potong subang, then goreng sampai lembut kekuningan, angkat dan toskan
6 ulas bwg merah, 4 ulas bwg putih – mayang
lada besar merah – potong diagonally
daun sup + daun bwg – hiris cam nk tabur kn atas sup tu
serbuk kari – 4 sudu bsr

Cheese parut
garam + gula – sesuaikan rasa (>ajinomoto – kalau nk, tak pn xper
Dan akhir sekali -TELUR – beberapa biji sehingga kelihatan berair

CARA-CARANYA PULA:
1) tumis bwg merah + bwg putih yg dimayang hingga wangi
2) masukkan daging cincang, gaul jap
3) masukkan serbuk kari then air rebusan daging
4) then garam + gula
5) lada + daun sup + daun bwg + bwg besar goreng
6) masukkan makaroni dan gaul rata dgn api perlahan, lepas tu tutup api
7) sapu mentega pd loyang, sebelum masuk dlm loyang, pecahkan telur, tabur cheese parut dan gaul sebati (tanpa api)
~ telur tu… byk2 sbb nak bg makaroni tu melekat & bersatu supaya jd kek
~ sy masukkan utk satu loyang 7/8 bj
~ utk resepi ni akan dpt 2 loyang
~ kalo nk 1 loyang je, so 1/2 kan bhn2 di atas

Utk sos:

blendkan – 3 bj lada merah bsr, 3 ulas bwg putih, 1 bj tomato, garam + gula + cuka

Akan tetapi kalau cik M dah datang, mkn dgn sos cili pon da sedap! yumsss 😀

 

Dah cuba tu up gambar kat komen ye ummi nak tengok! hehe.. selamat menjamu anak tekak 🙂


Share the joy
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook